Ok let's go!
Malaysia Tanah Airku
Korang tak tahu kepayahan orang dulu menentang Jepun dan British dulu? Kebanyakan budak-budak muda zaman sekarang tak ambil tahu sangat pasal ni kan. Ceyh, cakap macam lah tahu sangat. hehe. Mesti ada yang tanya. " Buat apa nak ambik tahu doe?? bukannya penting pown". Well, cuba pikir macam mana lah ka lau orang luar negara tanya tentang Sejarah Kemerdekaan Negara Kita. Kalau tak tahu ? Buat malu negara je. Uihh panjang nya. Tadi kata nak cerita tentang Kemerdekaan . Ok Ok sambung balik.
Atuk Nenek moyang kita dulu tahulah macam mana orang dulu bersusah payah menentang mereka kan. Atuk
aku cakap dia ingat lagi waktu dulu dia kecik-kecik. Atuk aku nampak kapal terbang terhempas kat tingkap rumah dia. Macam manalah moyang aku bawa atuk aku lari masuk dalam hutan. Sanggup membahayakan diri demi menyelamatkan anak yang tercinta. Mmm ... kita yang hidup zaman yang moden ni dan bebas dari penjajah harus bersyukur. Tak ada perang. Hidup di Malaysia sekarang aman-damai. Tak macam zaman dulu. Keluar rumah je tiba-tiba Pomm!! Tembus peluru masuk dalam kepala.
Itulah, zaman semakin berubah. Macam-macam ciptaan manusia. Jasa-jasa pahlawan dulu makin di lupakan.
Harap-harap generasi akan datang akan tetap mengenang jasa pahlawan melayu yang telah bersusah-payah menentang penjajah. Eh! Belum habis lagi post ni. Kan aku kata post aku kali ni panjang. hehe.
Malaysia 2011
Malaysia sekarang ni bukan main lagi ada KLCC, KL TOWER, Petrosains dan macam-macam lagi.
Inilah Malaysia. Dah maju lah katakan. Banyak pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia.
Lagi satu, Malaysia ni kan banyak tempat yang bersejarah. Bagus lah tu. Sekurang-kurangnya tempat yang bersejarah masih dikunjugi oleh ramai pelancong. Tidak kisah lah sama ada luar negara atau dalam negara.
Contohnya, Melaka Bandaraya Bersejarah. Macam-macam ada kat situ. 'A' famosa, Menara Tamingsari. Kat situ kan sejarah hang tuah. Sape tak tahu kan. Lagi, Pulau Langkawi. Di situ kan di mana terletak nya sejarah Mahsuri Berdarah Putih. Kita patut kagum dengan Malaysia. Macam-macam ada kat Malaysia ni. Makanan pun macam-macam jenis. Apa lagi ek. Mmm. Sunway Lagoon pun adalah satu tempat tarikan pelancong.
Okay. Setakat itulah cerita saya ye. Tangan dah penat menulis. Hehehe. Opss lupa nak bagitahu!! 31 Ogos ni hari jadi mak saya tau. Banggalah kan. Sekian, Wassalam. Bye!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment